Saturday, December 3, 2011

pertama kalinya..

hidup sebagai pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan kimia sangatlah tertekan secara fizikal dan mental.nak2 bila da masuk bln disember ni-ha.semuanya nak kena kejar dateline.urggghhh.SANGAT stress dan busy (ke?).SANGATT!urghh.

tapi alangkah girangnya apabila DR.MUHAIMIN SULAM mengajak kami untuk membuat lawatan sambil menikmati durian freshly dari dusun.WOAHHHH.itu sangat awesome!!awesome-awesome-awesome!!
1st time masuk dusun sambil cari durian tanpa memikirkan sangat pacat2 yang sedang mencari setitik atau beberapa titik darah atau mungkin bergelen gelen dari manusia yang sangatlah jakun (aku lah tu!).awesome-aweosme-awesome-awesome!!

hariku bertambah 'awesome' bila lepas abes je sesi menghabiskan durian2 dusun itu,bergerak lah kami ke kompleks bersejarah Pasir Salak.sangat tabah kami dalam panas terik itu menjejaki sejarah (bangga!).tapi setelah di pikir2,bagusnya kalau dtg sini sebelum ujian Kajian Malaysia.bolehlah skor 40/40 dengan menjawab sendiri soalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan,depan dan belakang dan sekali sekala bertanya khabar dengan orang sebelah kiri dan kanan mengenai soalan2 yang di'KIV' di kertas jawapan.(panjang berjela ayat ini.padahal nak cakapnya ada proses tiru meniru di situ.)

OH YEAH, picture tells 1000 stories.do check out dis photos babe.tapi gambar tak banyak sbb bukan kamera sendiri.apepon credit to cameragirl 
inilah hasil kutipan2 kami untuk harini!tunggu masa untuk dibaham oleh pelahap2.


sesi cara kopekan durian && makan

durian itu sangat nikmat.

durian sebagai tanda kenang-kenangan itu harus.

lesson learnt: sejarah itu mengajar manusia mengenal erti jati diri dan di mana asal usul kita. sesungguhnya, sejauh mana bumi di pijak,disitu langit dijunjung. :)

Tuesday, November 8, 2011

TEASER!

Assalamualaikum everybody!
new entry ni nak bagitahu sikit pasal my small business.korang yg pompuan2 ni mesti dapat agak kan ape die business tu.Haah.saya sekarang ada business shawl.hajatnya nak buat blog with named HEADSCARF MADNESS.tp macam malas + busy-as-a-final-year-student so just guna blog yang ada.hopefully kawan2 sume dpt support la ye.

all shawls will be updated soon with special price.harga sume special tapi x boleh lah nak tawar menawar.bukan pasar payang ni taw!

stay tune!:)

Friday, July 22, 2011

wedding wishes

hello!

a new trend sekarang apabila semakin ramai remaja2 yang kahwin awal.baguslah kan.kat UTP pun ada ceramah pasal kawen awal ni,"kahwin awal,sediakah aku?".kalau tanya aku,sah2 la belum kan. tapi macam rugi je termiss ceramah pasal benda ni. (time ada ceramah pasal kawen ni,laju je kan kau ni Amy.gatallll) bila bukak je facebook ramai je yg status da tukar. dari single jd in a relationship.lepas tu engaged to ........(taruk sendiri name tunang korang).tak lama lepas tu pulak married to ........ & lastly, widow (ni kes yang ku 'sangkakan panas smpai ke petang tp ribut petir di tengahari')tapi ade jugak kes yang tak kahwin dpn tok kadi pun,tup2 kt fb status sudah jadi married to ........kalau yang ni pulak, kes kahwin thru fb je.murah.xyah nak as kahwin dan duit hantaran bagai.aku jelah yang maintain status kat fb tu kot.

hari ini (22 Julai 2011) sorang lagi kawan aku kahwin. 
"SELAMAT PENGANTIN BARU,abdullah azhari".
even harini just majlis akad nikah dan majlis resepsi nya 5hb Sept, aku doakan semoga berkekalan sampai anak cucu.
perempuan di atas bukan lah tunang atau isterinya.harap maklum

apa yang bestnye pasal abdullah yang aku panggil Lah ni.mula2 kenal die,aku bajet tua drp aku.lepas 6 bulan berkawan barulah aku taw mamat ni umo 21 tahun and will be someone's husband.wahhh!! syok lah kawan ngan dia.sbb selalu puji aku.well,girls love compliment,oke! 

amy: weh,cube hang tgk die ni.sape lagi cun.aku ke die?
Lah: sah2 lah hang lagi cun dr die.
(HAHAHAHHAHA.aku xtaw la hang nak menipu aku ke hape.tp tq,bro!:D)

tak sangka Lah.cepatnye hang jadi laki orang.tahniah2..sekali lagi "SELAMAT PENGANTIN BARU" dan cepat lah dapat baby.i wanna be an auntie.:P
chalo!




Tuesday, July 19, 2011

kenangan 2005/2006

mrsm pc 05/06 sekarang ni macam da active.tak macam dulu.tetibe ter'rewind' balik saat2 kat mrsm pc dulu.
Aku takdelah kenal semua warga dalam mrsm tu.yelahh.by the time aku masuk mrsm pc pun,orang dah separuh buku tebal tu belajar..hakikat sebenar aku taknak pun masuk mrsm ni.bukan mrsm ni je..semua mrsm & sbp dlm malaya ni.Sekarang aku bersyukur.even kat mrsm aku takdelah innocent mana,tapi jadi manusia jugak aku sekarang.Mungkin tidak berjaya belajar sampai oversea but i'm glad where i am right now.semakin hampir menjadi seorang engineer.Alhamdullilah.

banyak jugak kenangan kat mrsm ni.ade yang best ade yang tak best.kat sini lah aku usha2 sorang mamat ni.  even sampai sekarang bila sampai je birthday die aku still wish..tapi dah takde lah nak stalk mamat tu sekarang. macam2 lagi lah.dolu,orang cakap ex-mara & ex-government takleh ngam. tapi aku ngan roomate2 time form 4, ok je.siyesly rindu kat dua gadis ni.yuyu yg sekarang kat indon && bell yg sekarang kat egypt.hope dieorg terus sukses.nnt bila da keje bole lah aku dpt mc free :D form 5 plak duk macam dlm umah yg boleh muat 12 org.ni lg best kot.kecoh satu bilik dgn 12 gadis.syok!

pape pon,alkisah kat mrsm pc will be remembered forever. Gambar dah tak ingt letak kat mana,tp dalam hati ni tersimpan gambar2 kat sana. kalau nak amik, kena xray lah dada, operate lah hati,jawabnye!

kepala dah pusing2,mata da gatal2,badan rase mahu baring je.chalo!


Thursday, July 14, 2011

alkisah 32 minggu.

Last day at EPEMSB after 32 weeks. Aku macam tunggu saat2 ni, tapi at last rase sebak + sayu + nangis la jugak. tu lah org tua-tua dulu cakap,apa benda yang kau benci (tp aku takdelah benci tahap gaban kt company ni.) sekarang kau akan sayang. mula-mula masuk keje macam kool jelah kan.tp bila jam menunjukkan pukul 4,sebak tetibe.bila entah akan datang sini balik.T_T


At first masuk et operation punye office, cuak lah jugak bila orang duk cite pasal working culture dalam tu. Ramai staff laki n bla bla bla. yelah kan, aku pun jenis yang ala2 perempuan melayu terakhir (uweeekk,pengsan sekarang) tapi as time goes by.i <3 that place! bila datang keje takde mood sbb gaduh ngan BF, bad mood tu hilang bile dengar gelak2 garau operator2 n engineer2 kat situ.  for sure akan teringat King a.k.a Lamin, Be yg nyanyi lagu-ape-ntah-td-tp-syok-je-aku-layan, pok mat a.k.a Adlin Aman Ramli & ramai lg lah!Dalam manis ada pahit,dalam pahit ada masam, pelbagai rase yang akhirnye menjadi secebis memori. sampai ketemu lagi,kalian. :)

A picture tells 1000 stories. so,check this out,peeps!


mana aku?

"nanti balik dumoh,tunjuk ke ayoh gmbr ni."-zubir


kongsi gosip + cite +gelak ketawa = kaktee


kau jgn risau,markah kau baik punye aku bg!-sv aku la tu.

bye2 EPEMSB.

Tuesday, July 12, 2011

I.WAS.BORN.TO.MAKE.U.HAPPY

hola!kalau blog ni bole berkata-kata,i-was-born-to-make-u-happy la kott die akan cakap utk aku.(motif?-ntahhh)
fyi, dah lama blog ni wujud,tp baru betul2 rase nak publish kat ppl out there (bajet ada org nak bace.urhh) & dis is my very first post (official).

blog ni macam boleh mengisi mase lapang la jugak nanti.yelahh kan.habis je intern 14 july (esok luse da tu) cuti plak lagi 2 bulan.so bole la hilang rase bosan2 kat umah. kang layan auni 24 jam harus jadi GILA. sape plak auni tu?hah.tengok je lah gambar gedik kat bawah ni.macam annoying je aku tgk.
gedik 1 (amik gambar HARUS lah muncung mulut.baru SEKSI!)
gedik 2 (amik gambar HARUS lah senyum ala2-malu-tp-buat-org-rase-nak-bagi-penampar!)


  
oke la.harus siap2 mahu keluar.chalo!